Geomatrik 3D tak lagi mengkagumkan.
Hanya tampilkan bentuk dan ruang,
Lantas kau lihat manusia dalam sosok-sosok kenyal yang memualkan.
Biar aku visualkan manusia di sekitarku dari pandangan dimensi ke-5.
Lebih dari sekadar bentuk dan ruang.
lebih dari sekadar cecair dan pepejal.
kerana penglihatan 5D membuatkan kau melihat manusia berserta dengan fikiran-fikiran mereka.
Dan yang ku lihat hanyalah kebusukkan , kemunafikkan, kebodohan, kejelekkan manusia yang hidup curiga dan penuh prasangka buruk.
Nota kaki :
Jangan ditanya kenapa aku tak bercerita tentang grafikal 4D.
Mungkin sebab ianya menyimpan terlalu banyak kisah-kisah sedih tentang nombor-nombor ekor.....
Comments:
Please Log-In to Post a Comment